Breaking News

Hari Ini Semalam Telefilem Pencuri Movie Full Video


Bersempena Hari Kebangsaan 2024, Unit Drama TV RTM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) menghasilkan telefilem “Hari Ini Semalam” hasil adaptasi puisi karya sasterawan negara iaitu “Pilihan Usia” oleh Dato’ Baharuddin Zainal (Baha Zain) dan “Masa” oleh Dato’ Rahman Shaari.
Telefilem arahan Wan Mohd Afzam Wan Daud ini akan disiarkan pada 31 Ogos 2024 pada pukul 9.00 malam di slot Panggung RTM saluran TV1 dan juga boleh ditonton melalui RTMKlik.

Hari Ini Semalam

Waktu Siaran: Ahad,, 31 Ogos 2024, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Amin Masyhur
Pengarah: Wan Mohd Afzam Wan Daud
Produksi: Unit Drama TV RTM

Sinopsis Hari Ini Semalam

Mengisahkan tentang tiga individu dengan cerita hidup mereka yang unik, namun berkongsi tema yang sama – perjuangan, penyesalan, dan pengampunan.
Amrin, seorang bekas juara tinju yang terpaksa melepaskan impiannya kerana nasib malang, kini menguruskan sebuah gimnasium milik bapa angkatnya. Ketika dia hampir bersara, satu perlawanan terakhir menawarkan peluang untuk dia merasai nikmat kemenangan. Namun, keputusan untuk menang dalam perlawanan itu membawa makna yang lebih mendalam, melambangkan keinginan Amrin untuk mengatasi semua kekalahan dalam hidupnya.

Di sisi lain, Saad, seorang penjual barangan bundle secara penstriman langsung, cuba mendekati seorang gadis. Namun, dalam usahanya mengejar peluang, dia terperangkap dalam hutang dan kesilapan berulang. Saad adalah contoh individu yang tidak pernah serik, terus membuat keputusan yang salah meskipun peluang untuk berubah sentiasa ada.

Sementara itu, Jamilah, seorang penjual roti bermotosikal, berhadapan dengan konflik keluarga yang telah berlarutan selama 20 tahun. Pertemuan dengan Atik, yang tidak menyedari bahawa Jamilah adalah ibu saudaranya, membawa kepada pertembungan semula antara Jamilah dan adik lelakinya. Dalam pertelingkahan ini, Jamilah terpaksa menghadapi kesilapan lampau dan mencari jalan untuk memperbaiki hubungan keluarganya, dengan bantuan Amrin sebagai orang tengah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *