Breaking News

My Stolen First Kiss Tonton Online Video

Drama komedi romantik ‘My Stolen First Kiss’ merupakan hasil terbitan Tanah Beris Film Production yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan olahan skrip dari Zyza Backy. Drama ini menampilkan barisan pelakon baharu seperti Aniq Durar, Sofia Dendroff, Shaza Bae, Imran Aqil, Wanie Ooi, dan ramai lagi.

Saksikan drama Tonton Original Series: My Stolen First Kiss yang akan menemui penonton pada 19 Ogos 2024 ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

My Stolen First Kiss

Tarikh Tayangan: 19 Ogos 2024
Penulis Skrip: Zyza Backy
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Momento
Artis: Ika Mustafa & Aqmal Ramdan
Komposer & Lirik: Firdaus Rahmat, Iqie Hugh

Sinopsis My Stolen First Kiss

Mengisahkan tentang Mel (Sofia Dendroff) seorang gadis periang yang berumur dalam lingkungan 20-an. Mel yang dilarang untuk bercinta semasa di sekolah, kini tidak sabar untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar kolej demi memenuhi impian romantiknya.

Namun, kehidupan yang diidamkan Mel berubah apabila dia lemas dan diselamatkan oleh Mikael, seorang eksekutif di bahagian pengurusan pembinaan berusia lewat 20-an yang serius dalam mencari cinta sejati, melalui bantuan CPR.

Mel yang menyimpan checklist untuk kehidupan romantiknya – first meet, first date, first meet the future in-law, bertunang, berkahwin, first kiss dan segalanya, menjadi tidak keruan apabila mengetahui dirinya telah ‘dicium’ oleh Mikael dalam keadaan dia tidak sedarkan diri.

Mel yang belum pernah bercinta menjadi sedih dan kecewa dan sukar menerima kenyataan dek kerana menganggap bantuan CPR itu adalah ciuman pertamanya yang telah ‘dicuri’ oleh Mikael. Kehidupan Mikael menjadi huru-hara apabila Mel menceritakan insiden tersebut kepada abangnya Aizat yang ‘overprotective’ dan telah memaksa Mikael untuk bertanggung jawab.

Konflik timbul apabila Mikael yang sudah mempunyai kekasih, cuba untuk menuruti permintaan tersebut. Dalam usaha menjaga maruah dan memenuhi tuntutan keluarga Mel, Mikael yang sudah dua kali putus cinta dan kini sedang cuba memikat hati wanita idamannya iaitu Damia (Shaza Bae), terpaksa bercinta dengan Mel.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila pelbagai rahsia terbongkar, termasuklah identiti sebenar Mikael. Kekecohan berlaku apabila Mel dan kawan-kawannya mendapat tahu bahawa Mikael sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung. Insiden ini memburukkan lagi hubungan Mikael dan Mel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *