Breaking News

The Secret Tonton Online Video

Siri Viu Original terbaru, ‘The Secret’ diterbitkan oleh Revolution Media hasil arahan Jason Chong. Dibintangi oleh Remy Ishak, Siti Saleha, Ellyza Azizi, Ucop, Sara Mack Lubis dan ramai lagi.

Saksikan ‘The Secret’ bermula 22 Ogos 2024 dengan episod baharu setiap Khamis jam 12 tengah hari. Strim menerusi aplikasi Viu atau layari Viu.com.

The Secret

Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2024
Waktu Siaran: Khamis, 12 tengah hari
Platform Digital: Viu
Karya Asal: Jasmine Zaidi
Penulis Skrip: Nik Naemah Nik Mahir
Pengarah: Jason Chong
Produksi: Revolution Media

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Rahsia Jiwa
Penyanyi: Dina Nadzir
Komposer: Farique Nadzir, Adah Kahir
Lirik: Adah Kahir

Sinopsis The Secret

Apabila Liya, seorang pelajar universiti popular ditemui mati, pihak berkuasa mengklasifikasikan kematiannya sebagai bunuh diri.

Johanna, pensyarah Liya merupakan satu-satunya individu yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang lebih buruk telah terjadi apabila dia menemui sepucuk surat ugutan di bilik hostel Liya.

Dengan bantuan sahabat baik Liya, Nini, penyiasatan mereka membawa kepada tuduhan merogol. Tetapi tanpa sebarang bahan bukti yang kukuh, andaian mereka berdua sukar untuk didengari, apatah lagi untuk dipandang serius.

Johanna yang dibelenggu oleh trauma yang berpanjangan, berazam untuk membawa suspek ke muka pengadilan.

Namun begitu, keadaan menjadi sukar apabila di mendapati bahawa ada pihak lain yang cuba untuk melakukan apa sahaja, untuk melenyapkan kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *