Breaking News

Raya Tak Nampak Telefilem Pencuri Movie Download Video

Raya Tak Nampak Telefilem Full Movie Download HD Video, Pencuri Movie Raya Tak Nampak Movie Live 2023 Malaysia Online Terkini Video By Layanjer & Layanon9 Raya Tak Nampak Malaysia Live Free.

Saksikan telefilem istimewa sempena Aidilfitri, ‘Raya Tak Nampak’ bakal menemui penonton pada 13 April ini, pukul 9.00 malam di slot Panggung RTM TV1 atau tonton secara percuma melalui penstriman RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Raya Tak Nampak

Tayangan: Sabtu, 13 April 2024, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Cerita Asal: Nor Ashikin Zainal
Penulis Skrip: Che Li
Pengarah: Nor Ashikin Zainal, Wan Afzam Wan Daud, Fatin Athiera Dzul Hanafiah
Produksi: Unit Drama TV RTM
Pelakon: Wani Kayrie, Danial Zaini, Mamak Puteh, Imran Aqil, Zila Bakarin, Mandy Chong, Munir Zainal, Sasikumar Kandasamy

Sinopsis Raya Tak Nampak

Tiga hari sebelum Syawal, kutipan jualan bazar Ramadan tiga bujang, Oyen, Sapok dan Elly semakin tidak memberangsangkan. Tahun ini Hari Raya mereka seperti ‘tak nampak’ sahaja.

‘Raya’ pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Seni Persembahan (drama) yang terdesak mendapatkan markah cemerlang dalam subjek “Improvisation Acting” sanggup menyamar sebagai gadis buta di sebuah Bazar Ramadan.

Sementara itu Oyen, Sapok dan Elly yang baru selesai meniaga di bazar berjaya menyelamatkan Raya dari diragut. Setelah mengetahui ‘Raya Tak Nampak’ (buta) dengan kisah sedih tiada duit nak balik raya, tiga bujang yang mudah simpati dengan gadis cantik, menawarkan Raya pulang ke kampung bersama-sama. Kebetulan pula kampung mereka berdekatan.

Di dalam perjalanan, masing-masing cuba memikat Raya tetapi pelbagai ragam dan masalah pula mereka terpaksa tempuhi sepanjang perjalanan ke kampung. Mereka semakin cemas apabila dikejar oleh seorang lelaki Cina yang memandu jip.

Mereka akhirnya selamat sampai ke kampung halaman. Mereka malu mahu berdepan dengan dengan Kak Long kerana sebelum ini pernah menolak tawaran Kak Long membantu menjual kerepek. Mereka enggan sebab mahu berhijrah ke Kuala Lumpur demi mengejar cita-cita mereka. Namun mereka gagal.

Di rumah Embah Pati, tiga bujang melihat Raya membawa mangkuk tingkat datang beraya. Rupanya Raya tidaklah buta. Tiga bujang kecewa. Rasa ditipu. Dalam perjalanan Raya ke rumah yang lain, dia diculik oleh konco gangster. Oyen yang masa itu menyaksikan kejadian tersebut dan memecut motorsikal mengejar kereta gangster. Siapakah Raya sebenarnya dan apakah motif dia berpura-pura buta, dan apakah sebenarnya yang berlaku sehingga Raya di culik oleh gangster dan siapakah lelaki yang selalu mengekori Raya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *